Selamat datang ke SME Corp Malaysia MSME Digital Financing @BAP
Akses Tangkas

Pembiayaan Digital MSME @BAP


MSME Digital Financing@BAP adalah projek dijalankan oleh SME Corp Malaysia dengan tujuan untuk menyediakan akses tangkas kepada pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui platform digital.
Dalam program ini, SME Corp Malaysia bekerjasama dengan microLEAP untuk:
- menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan cepat untuk PKS melalui platform digital;
- memudahkan proses dokumentasi pemohon; dan
- produk patuh syariah dengan akses 24/7 untuk permohonan pembiayaan dalam talian.

Jumlah Pembiayaan

Pembiayaan Sehingga RM100,000


PMKS boleh memohon untuk pembiayaan jangka pendik dengan dari RM50,000 sehingga RM100,000. dengan kadar tetap sebanyak 2% setahun, untuk 36 bulan paling lama. unuk:
1: Modal kerja untuk tujuan perbelanjaan operasi (contohnya pembelian inventori/bahan mentah dsb.)
2: Pembiayaan untuk tujuan penambahbaikan perniagaan untuk:
- Pembelian mesin & peralatan
- Aplikasi Sistem, eCommerce, e-Pembayaran dan ICT
- Pembungkusan dan Produk Pembungkusan
- Pengiklanan dan Promosi
- Persijilan & Sistem Pengurusan Kualiti
Nota Penting:
- Yuran pemprosesan permohonan ditetapkan pada 5% daripada jumlah pembiayaan kepada maksimum RM5,000 setiap permohonan untuk ditanggung oleh pemohon.
- Yuran pemotongan semakan kredit ditetapkan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan untuk ditanggung oleh pemohon.

Staus SME

Kriteria Kelayakan untuk SME


Status PKS Disahkan
- Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Syarikat ini adalah sekurang-kurangnya 60% milikan tempatan
- Syarikat itu telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 6 bulan
- Komited untuk menjalani penilaian SCORE/ M-CORE