Latar belakang
Program Pembiayaan Digital PMKS dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan akses tangkas kepada pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui platform digital.
Dalam program ini, SME Corp. Malaysia bekerjasama dengan microLEAP untuk:
- menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan pantas untuk PMKS melalui platform digital;
- memudahkan proses dokumentasi pemohon; dan
- produk patuh shariah dengan akses 24/7 untuk permohonan pembiayaan dalam talian.
Skop Pembiayaan
a) Pembiayaan Berjangka
PMKS boleh memohon pembiayaan jangka pendek daripada minimum RM50,000 hingga RM500,000 pada kadar pembiayaan tetap 3% setahun untuk:
- Modal kerja untuk tujuan perbelanjaan operasi (contohnya pembelian inventori/bahan mentah dsb.)
- Pembiayaan untuk tujuan penambahbaikan perniagaan seperti:
- Pembelian Mesin & Peralatan
- Penerapan ICT & e-Dagang
- Pembungkusan
- Pengiklanan dan Promosi
- Persijilan & Sistem Pengurusan Kualiti
b) Pembiayaan Inbois
PMKS boleh memohon pembiayaan jangka pendek daripada minimum RM10,000 hingga RM1, 000,000 pada kadar pembiayaan antara 0.25% – 0.5% sebulan untuk:
- Pra-Jualan
- Pasca Jualan
Nota Penting:
|
Kriteria Kelayakan untuk PMKS
- Memenuhi definisi PMKS serta memiliki Sijil Akuan Status PMKS yang masih sah tempoh
- Diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Syarikat dimiliki sekurang-kurangnya 60% oleh warganegara Malaysia
- Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan
- Bersedia untuk menjalani penilaian SCORE/MCORE
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
microLEAP
Whatsapp : 011-5917 1212
Pejabat: 03-7954 0002 / 1212
E-mel : hello@microleapasia.com
**Nota penting – Permohonan hanya boleh dibuat melalui dalam talian.
Penafian:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program tersebut adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau menukar kandungan atau pemformatan Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada sesiapa, dan menghendaki pemberhentian serta-merta sebarang penggunaan khusus Program. Di samping itu, kami berhak mengikut budi bicara kami sendiri untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses orang ramai kepada Program pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.
AMARAN: Memberi maklumat palsu atau mengelirukan untuk tujuan menipu SME Corp. Malaysia adalah jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang mana hukumannya termasuk penjara dan sebat dan juga boleh didenda. Selain itu, SME Corp. Malaysia boleh menafikan sebarang faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan permohonan.