Program Business Accelerator (BAP) 2025
Ciri-Ciri Pembiayaan:
- Had Pembiayaan Sehingga RM400,000
 - Kadar Keuntungan 3.5%
 - Syarikat yang layak akan menerima rebat / geran sehingga 40%.*
 - Tempoh Pembiayaan sehingga 36 bulan
 
*Tertakluk kepada terma dan syarat SME Corp. Malaysia
Kriteria Kelayakan:
- Syarikat PMKS yang berdaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, atau Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah & Sarawak);
 - Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah;
 - Sekurang-kurangnya memiliki 60% ekuiti tempatan;
 - Mempunyai lesen perniagaan yang sah tempoh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
 - Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan; dan
 - Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai rekod / prestasi yang baik dengan institusi kewangan.
 
Skop Pembiayaan:
- Bahan mentah
 - Perbelanjaan operasi (sewa, gaji & upah, bayaran utiliti)
 - Pembelian mesin dan peralatan
 - Penerapan ESG
 - Pensijilan produk
 - Pengiklanan & promosi
 - Adaptasi ICT
 
Dokumen berikut diperlukan semasa penyerahan:
- Kad Pengenalan Pemohon (I/C) Depan & Belakang
 - Kad Pengenalan Penjamin (I/C) Depan & Belakang
 - Penyata Bank Perniagaan (yang terkini untuk tahun semasa)
 - Penyata Kewangan (minimum 2 tahun akaun pengurusan yang ditandatangani dari tarikh penubuhan hingga bulan terkini)
 - Gambar Profil Pemilik Perniagaan
 - Bukti Premis Perniagaan (Gambar, live-video, dll)
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
microLEAP
Whatsapp : 011-5917 1212 (9 pagi – 5 petang)
Pejabat: 03-7954 0002 / 1212 / 2000 (9 pagi – 5 petang)
E-mel : hello@microleapasia.com
						
