Selamat datang ke SME Corp. Malaysia Program Business Accelerator (BAP) 2025. Premohonan Sudah Ditutup.
Program Business Accelerator (BAP) 2025

Program Business Accelerator (BAP) 2025

Ciri-Ciri Pembiayaan:

  1. Had Pembiayaan Sehingga RM400,000
  2. Kadar Keuntungan 3.5%
  3. Syarikat yang layak akan menerima rebat / geran sehingga 40%.*
  4. Tempoh Pembiayaan sehingga 36 bulan

*Tertakluk kepada terma dan syarat SME Corp. Malaysia

Kriteria Kelayakan:

  • Syarikat PMKS yang berdaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, atau Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah & Sarawak);
  • Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah;
  • Sekurang-kurangnya memiliki 60% ekuiti tempatan;
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah tempoh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan; dan
  • Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai rekod / prestasi yang baik dengan institusi kewangan.

Skop Pembiayaan:

  • Bahan mentah
  • Perbelanjaan operasi (sewa, gaji & upah, bayaran utiliti)
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Penerapan ESG
  • Pensijilan produk
  • Pengiklanan & promosi
  • Adaptasi ICT

Dokumen berikut diperlukan semasa penyerahan:

  • Kad Pengenalan Pemohon (I/C) Depan & Belakang
  • Kad Pengenalan Penjamin (I/C) Depan & Belakang
  • Penyata Bank Perniagaan (yang terkini untuk tahun semasa)
  • Penyata Kewangan (minimum 2 tahun akaun pengurusan yang ditandatangani dari tarikh penubuhan hingga bulan terkini)
  • Gambar Profil Pemilik Perniagaan
  • Bukti Premis Perniagaan (Gambar, live-video, dll)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

microLEAP

Whatsapp : 011-5917 1212 (9 pagi – 5 petang)

Pejabat: 03-7954 0002 / 1212 / 2000 (9 pagi – 5 petang)

E-mel : hello@microleapasia.com