Program Business Accelerator (BAP) 2025 dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan akses tangkas kepada pembiayaan bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui platform digital.
Ciri-ciri Program:
Jumlah Pembiayaan:
Sehingga RM400,000
Kadar Keuntungan:
3.5% setahun
Rebat / Geran:
Syarikat yang layak boleh menerima rebat atau geran sehingga 40%.*
Tempoh Pembiayaan:
Sehingga 36 bulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat SME Corp. Malaysia.
Kriteria Kelayakan:
- Berdaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, atau Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah & Sarawak);
- Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah;
- Sekurang-kurangnya memiliki 60% ekuiti tempatan;
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah tempoh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan; dan
- Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai rekod / prestasi yang baik dengan institusi kewangan.
Skop Pembiayaan:
- Bahan Mentah
- Perbelanjaan Operasi (Sewa, Gaji & Upah, Bayaran Utiliti)
- Pembelian mesin dan peralatan
- Adaptasi ESG
- Pensijilan Produk
- Pengiklanan & Promosi
- Penerapan ICT
Dokumen berikut diperlukan semasa penyerahan:
- Kad Pengenalan Pemohon (I/C) Depan & Belakang
- Kad Pengenalan Penjamin (I/C) Depan & Belakang
- Penyata Bank Perniagaan (yang terkini untuk tahun semasa)
- Penyata Kewangan (minimum 2 tahun akaun pengurusan yang ditandatangani dari tarikh penubuhan hingga bulan terkini)
- Gambar Profil Pemilik Perniagaan
- Bukti Premis Perniagaan (Gambar, live-video, dll)