Selamat datang ke SME Corp. Malaysia Program Business Accelerator (BAP) 2025. Premohonan Sudah Ditutup.
Program Business Accelerator (BAP) 2025

Program Business Accelerator (BAP) 2025 dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan akses tangkas kepada pembiayaan bagi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) melalui platform digital.

Ciri-ciri Program:

Jumlah Pembiayaan:
Sehingga RM400,000

Kadar Keuntungan:
3.5% setahun

Rebat / Geran:
Syarikat yang layak boleh menerima rebat atau geran sehingga 40%.*

Tempoh Pembiayaan:
Sehingga 36 bulan

*Tertakluk kepada terma dan syarat SME Corp. Malaysia.

Kriteria Kelayakan:

  • Berdaftar dengan SSM di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, atau Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah & Sarawak);
  • Mempunyai Sijil Akuan Status PMKS yang sah;
  • Sekurang-kurangnya memiliki 60% ekuiti tempatan;
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah tempoh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh permohonan; dan
  • Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mempunyai rekod / prestasi yang baik dengan institusi kewangan.

Skop Pembiayaan:

  • Bahan Mentah
  • Perbelanjaan Operasi (Sewa, Gaji & Upah, Bayaran Utiliti)
  • Pembelian mesin dan peralatan
  • Adaptasi ESG
  • Pensijilan Produk
  • Pengiklanan & Promosi
  • Penerapan ICT

Dokumen berikut diperlukan semasa penyerahan:

  • Kad Pengenalan Pemohon (I/C) Depan & Belakang
  • Kad Pengenalan Penjamin (I/C) Depan & Belakang
  • Penyata Bank Perniagaan (yang terkini untuk tahun semasa)
  • Penyata Kewangan (minimum 2 tahun akaun pengurusan yang ditandatangani dari tarikh penubuhan hingga bulan terkini)
  • Gambar Profil Pemilik Perniagaan
  • Bukti Premis Perniagaan (Gambar, live-video, dll)